Tuesday, 5 May 2015

Sad Life.

Assalamualaikum semua, lama dah aku tak update blog kan? Hari ni tak tau kenapa tetiba je nak bukak blog lepas tu tulis entri. Biasalah, bila aku tak dapat nak luah dekat sapa-2, blog jugak lah akhernya aku pegi. Memang aku akui, kawan aku tak banyak. Kalau nak dikira memang senang, guna jari pun boleh. Sebenarnya, entri kali ni, aku nak tulis tentang somebody! Nampak tak title tu? Sad Life? yup memang hidup aku sangat sedih.

Aku takde girlfriend, aku tak ada sesiapa. Aku cuma dapat banyak fitnah, kena kutuk, kena sindir & apa apa yang sewaktu dengannya. Aku memang tak pernah nak rasa KEBAHAGIAAN seperti orang lain. Memang tak pernah nak dapat,

Sebenarnya aku selama ini menaruh harapan dekat seseorang. Well, easy story. Dia kawan baik aku.
Best friend masa aku form 3 sampai lah sekarang. Cuma sekarang tak lah serapat dulu. People change, so the days goes by, kata org puteh lah. Aku ni tak lah sehebat mana, tak lah sehensem mana. Tapi aku ada perasaan jugak macam orang lain. Macam crush crush tu lah. Tapi aku tak anggap dia crush aku pun. Aku selalu confess depan dia yang aku suka dia, jom kita kawen satu hari nanti, kalau nak anak, brapa ramai? Lepas tu aku pun pernah cakap dekat dia

"dekat mana awak, dekat situ lah saya, saya takkan tinggalkan awak, awak dalam kesusahan saya akan turut merasainya sebab tanpa awak, tak mungkin saya akan dapat perasaan macam ni, perasaan yang menghargai seseorang sehingga sanggup menggadaikan masa gembira, masa yang sepatutnya dia lakukan sesuatu tetapi beri kepada seseorang yang dia sayang"

Tapi dia selalu anggap aku main main. Aku ni bukan orang serius sangat pun. Tapi benda macam tu aku tak pernah nak luahkan senang senang dekat somebody. Kau ingat aku ni main main ke? Tak! tipu aku tak cemburu bila kau ada hubungan dengan lelaki lain. kau selalu luahkan dekat aku pasal lelaki idaman kau tu. Lepas tu, kau akan putus. Jumpa lagi yang lain. tetap jugak sama. tak sampai sebulan putus, Aku sebenarnya pernah kata dekat kau

"Kalau aku lah lelaki idaman kau, aku takkan biarkan kau sendiri sebab aku tau kau memang tercipta untuk aku"

Dia anggap aku main main hahaha! bodoh nya aku. Nak bukti? kenapa sampai sekarang aku maseh rasa kuat dalam hati ni kau memang tercipta untuk aku. sekarang dah lebih dari 6 tahun tapi aku maseh simpan perasaan ni dekat kau. KENAPA KAU BODOH SANGAT! kau tak tau ke aku memang dah lama suka dekat kau. Aku sanggup beil apa2 untuk kau. aku sanggup tunggu dalam hujan untuk kau. Walau peribahasa ini terok tapi aku .... hm susah aku nak jelaskan.

Berhak ke aku dilakukan sebegini? sebab aku tak macam lelaki lain? sebab aku tak sekacak yang lain? sebab aku tak sebaik yang lain? Aku dah tak tau macam mana aku nak cakap dengan kau lagi. macam macam cara dah aku cuba tapi masih aku nampak macam bodoh menunggu kau.!

Tak apa lah wak, kalau kita ada jodoh, Inshaallah satu hari nanti kita akan dipertemukan di atas pelamin, Aku tak kesah apa org kata, Tapi sejauh mana diri kau, kau akan selalu di hati aku.

I miss you

Saturday, 31 May 2014

Hati Malang

Semalam hari malang, hari paling malang dalam hidup dia. Dia tidak pernah rasa semalang sebegitu rupa. Menangis tidak berhenti hanya Tuhan sahaja yang tahu terdetik di hatinya. Kisahnya mungkin tidak terlalu menyakitkan tetapi ini amat melukakan jauh di lubuk hatinya.

Sebelum cerita semalam bermula, malam itu si dia termimpi seorang gadis muncul di dalam mimpinya dan memegang erat tangannya. Katanya malam itu terasa benar seperti gadis itu memegang tangannya sehingga dia bangun paginya tersenyum dan gembira. Dia kata dalam mimpi itu gadis tersebut membawanya melihat dunia yang indah ini dengan senyumannya yang manis. Ketika itu hatinya bertanya adakah itu benar atau hanya satu khayalan. Di dalam mimpi itu seakan akan benar jadi dia hanya melayan. Kesian apabila dia tersedar dari tidurnya dan itu semua hanya mimpi. Dalam senyumnya menitis air matanya dan bertanya

"Mengapa semua ini hanya mimpi? Sesungguhnya aku mula kesepian bila hidup tidak berteman"

"Adakah aku layak untuk merasakan itu semua di dunia realiti ini?"

Hatinya mula sayu dan sedih sepanjang hari. Dia pun bangkit dan hari itu melihat semua manusia sekelilingnya seakan-akan wajah gadis itu. Hatinya semakin terluka. Tambahan lagi melihat pasangan muda berkeliaran di sekelilingnya. Dia mengambil keputusan untuk balik ke rumah dan berkurung di dalam bilik. Tapi itu tidak membuahkan hasil. Dia hanya menatap cermin dan pelbagai soalan di dalam dirinya.

Malam itu, sebelum dia tidur. Dia cuba membuka akaun yang dianggapnya sebagai kekasih hatinya. Malangnya tidak berhenti datang. Dia mendapati bahawa gadis itu sudah mempunyai lelaki idaman yang diimpikan olehnya. Dia pun terkaku seketika dan tangannya mula bergetar. Keadaannya seperti takut akan sesuatu. Air mata mula membasahi pipi.

"Menangis hanya kerna perempuan?"

kata hatinya. Tidak mungkin. Sebelum ini dia tidak pernah merasakan perasaan begitu.

Dia menutup akaun tersebut lalu cuba menutup mata. Tiba tiba mesej datang. Dia pun membuka mesej tersebut dan melihat kawan baiknya sendiri mentertawakan dirinya. Hanya kerana kesilapannya yang sedikit. Kawan nya mula menyebarkan cerita itu. Dia hanya terdiam dan terduduk. Sekarang semua membuat fitnah terhadapnya. Henfon di tangannya jatuh. Kemudian dirinya tidak terkawal. Laptop di depannya ditikam ke arah dinding dengan kuat. Menjerit seperti orang gila dan dirinya tidak terkawal. Dia hanya mampu mengeluarkan air mata dan tidak mampu melakukan apa-apa. Emosinya tidak terkawal dan mula menceritakan semua itu kepada aku.

Dia hanya mampu menceritakan hanya setakat itu dan air matanya mula jatuh ke bumi. Aku tidak pernah melihat dirinya selemah ini. Memang selama ini dia pernah cerita kepada diri aku yang dia tidak pernah menang dalam percintaan. Dia bukan seorang lelaki yang pandai mengambil hati seorang gadis. Aku berasa kesian terhadapnya dan semoga dia tabah dan kuat dalam menempuhi semua ini.


Wednesday, 7 May 2014

Kuching Sarawak

Hai semua! Jum buat entri ni! terasa rajin pula nak buat tentang tempat kediaman aku yang aman lagi sentosa ni. Alhamdulilah aku dapat hidup dengan tenang. udara yang segara, permandangan yang indah. belum lagi jumpa manusia manusia nya. mesti melting punya haha. macam aku? eh tak lah. aku tak handsome. hihi jum sini aku nak post beberapa tempat yang indah dan cantek! tempat yang selalu pelancong pergi. tempat terkenal dekat sini & tempat-tempat yang menjadi kebanggaan hihi.

Sebelum itu, maaf kepada semua pihak pihak yang mengambil gambar ni semua. maafkan saya kerana ambil tanpa pengetahuan anda. Kita boleh promosi sama sama kan? maaf lagi sekali. saya ambil gambar anda sebab gambar ini boleh dikategorikan sebagai cantik! dan menarik minat. terima kasih.


Baiklah, ini merupakan DUN. Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru. Ada yang lama punya. nak tengok ke? betol ni. view bawah.


Ini merupakan DUN lama. nak dekat sama je kan bentuk nya? bumbung nya espcially banyak persamaan.


Dah nama pun City of Cat kan? Jadi tak sah kalau anda melancong sini tak gambar dekat patung miaw miaw handsome cantik kiut belaka ni. Nampak McDonald belakang tu? haha saja je cakap haha. Berhampiran dengan waterfront. nak tengok waterfront?



Ini pula permandang indah di waterfront kuching sarawak. Cantik kan? terima kasih kepada photographer unknown maaf ambil gambar ni. Baiklah jum tengok muzium pulak.


Ini pula muzium Kuching Sarawak. berdekatan dengan Padang Merdeka. Di dalam ini menyimpan pelbagai jenis kraf yang ditinggalkan, kalau nak tengok tengkorak manusia pun ada, rumah tradisional ada tapi tak banyak. tapi kalau nak tengok! jum pegi kampung budaya.


Kampung Budaya Sarawak ini terletak hampir betul dengan Gunung Santubong dan Damai Central + Damai resort. nak tengok? jum.


Damai Central


Damai Resort

Baiklah, sebenarnya banyak lagi tempat perhatian orang ramai. tempat2 tarikan! Nanti kita sambung dekat entri seterusnya. Kalau sampai sini cakap2 yer lah. hihi mana tau boleh jumpa. Kalau tak busy yer tak. Baiklah harap korang suka & datang lah ke Sarawak Land of Hornbill! tengok sendiri. wihewwww bye. sayang korang . comment lah sikit kalau nak tanya atau apa2 :)

Liebster Award!


Assalamualaikum korang sayang sekalian. alololo dah kena pulak award ingat nak lari. kot kot di tag pula oleh Cik Ann ni haha, takperlah bukan selalu pun kan? sekali sekala have fun lah dalam ni, jadi jum kita mula main. Jadi kepada sesiapa yang di tag oleh Hohoy lepas ni, pandai pandai lah jawab yer. tak paksa pun. Kalau rasa nak jawab, jawablah lepatu bagi tau Hohoy yer. kalau tak nak jawab tak kesah hihi. hanya untuk suka2 bukan dapat hadiah pun, duit lagi tak. jadi jum mula! kita tengok apa soalan cik Ann ni bagi

Baiklah! jum pergi ke soalan dia :)

1. Bile kali terakhir basuh kereta/motor?
Hahaha? perlu ker jawab ni, jap fikir jap. ohh dua hari lepas. lepastu esok nya hujan. bagus sangat! haha

2. Semalam makan ape?
Aaaaa semalam makan apa yer? alaaa susah nye soalan ni hahaha!! makan nasi kot.

3. Impian masa kecik?
Impian dulu nak jadi model well, now tak sangat model just untuk org jadi model iklan2 mereka. tercapai lah juga. sikit kot haha

4. pernah nyanyi lagu dekat tandas tak? Nyatakan lagu ape?
Hahahah ada ada je soalan, ah lagu apa yer. tak tau. macam2. artis jamban katakan haha.

5. baju ape yang paling addicted untuk pakai kalau nak keluar jalan jalan? Warna?
Ahh tak tau pula, macam macam kot. warna tak kesah asal tutup aurat hahahaha :p

6. berapa kali pernah tendang pintu bilik kalau gaduh? Haha.
tak pernah pun. tak terfikir pulak nak tendang pintu -.-

7. Dekat sekolah(kalau dah habis sekolah jawab je) selalu tak belanja member makan? Berapa je habis selalu?
Tak ingat pulak. tak jugak selalu. pernah juga. tak habis banyak pun. seringgit kot

8. Pernah tak tak siap kerja sekolah tak masa zaman sekolah?
Pernah weiii, selalu hahahaha. muka ni selalu kena denda. bangga? tak lah proud je hahaha

9. Kalau dapat duit seringgit dari adik ke member ke beli apa dekat 7E?
Tak pulak selalu pergi 7E -.- simpan jer kot. untuk masa depan bahahaha -.-

10. Charge fon tak seminit yang lalu?
A'ah baru je wuhooo. stalker eh?

11. Suka basuh baju atau basuh pinggan?
Tak tau pulak. soalan apa ni? hahahaha kalau ada yg kotor cuci lah. tak kesah mana mana. prefer baju .. masok mesin basuh habis cerita hahah!! kan? hihi

Weeee! siap jawab soalan cik Ann ni! punya susah soalan macam, macam tak dapat describe hahaha. well im done.

so nak list ke people ni? alaa list je lah. korang. maaf yer ambil random je ni. so kalau korang rasa ada masa jawab lah kalau tak. buat dooo jerr hehe. tak mengharapkan pun. harap korang happy jer hihi nah list dia. Maaf kalau korang pernah di tag sebelum ni 


RULES!
1-Mention the people who nominated you with a link to their blog
2-Answer 11 asked questions
3-Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
4-Create 11 of your own questions for them to answer
5-Notify your nominate

1. sinuha
3. lucky
4. bagus
5. yoyo
6. reini
7. hana
8. iola
10. puteri
11. miraa

Baiklah! tamat sudah list blogger blogger hebat ni. jadi jum tengok soalan nya. maaf kalau soalanya ANNOYING tapi apa bole buat ekot peraturan ye tak? haha This game is just for fun. no forcing. yes nothing just for fun. you may answer it and if you don't want yes depends on you. im okay with it. 

1. what is the name of your first pet?
2. do you have a crush?
3. If someone say that he/she loves you, what would you say?
4. What color shirt are you wearing now?
5.do you ever feel awkward? with whom?
6. hobby?
7. Who is beside you now?
8. are we friends?
9. what is your real name?
10. favorite place for holiday?
11. Do you really feel annoying with this question? haha sorry.

So! that is all the question woo. im tired. Jadi kalau korang rasa naka jawab, jawablah. kalau tak nak tak kesahlah. happy happy selalu! chills! wihiiii. hahaha bukan gelak betul pun. So bye! sampai sini sahaja. sayang korang bye bloggerssss sekalian! :))




Tuesday, 6 May 2014

Cinta Gagal

Assalamualaikum, Hai korang! Aku kembali. Maaf kalau entri ni aku guna "aku" sebagai penghantar bahasa. Maaf yer abang, kakak, makcik, pakcik. So tak kesahlah tu kan? Dan maaf juga kalau bahasa bercampur. hahaha malas nak buat karangan formal. pffft baiklah. Rindu ke? Ada ke org rindu? Tak kot. Ehhh banyak cakap pulak si bedah ni kan? Dah. jum mulakan.

Nampak tajuk atas tu? nampak? faham? betul ke faham? Siapa yang pernah baca entri sebelum ni mesti faham macam mana sebenarnya kehidupan aku. Sebab aku ni dah kali ke berapa gagal dalam bercinta. haha haktuiii cinta lah sangat. begini ceritanya. Al-kisah, sorang mamat ni kononnya joging lah, waktu dia joging dengan lenggang kangkong nyer terjumpa si minah ni. ahhh tapi belum mula ceritanya. waktu tu berlimpas je sebelah belah. ambil bau konon nya haha. Sumpah si minah ni cantik gila! First time si mamat ni jumpa minah secantik ni. Oppsss belum mula lagi ni. hihi aaaa korang tau WECHAT? tak tau? woiii baik kau tutup entri ni sekarang haha. duduk bawah tempurong ke. baiklah begini ceritanya.

Si gadis ni main main 'people nearby' jadi terjumpa lah si budak lelaki ni. jadi dia ADD dengan harapan si mamat ni ACCEPT friend request dia. kenapa dia ADD? mungkin si mamat ni HANDSOME kot? perlu ke CAPITAL LETTER? perlu hahaha!! perasan siot. jadi lelaki tu pun memenuhi permintaan si gadis tu. dia pun ACCEPT. jadi bermula lah percakapan pelbagai bahasa di sana. Gurau gurauan manja konon nya. ketawa sendiri. Lepas tu tiba tiba si mamat ni teringat macam pernah tgk muka jadi si gadis ni pun hairan. Lelaki ni baru tringat yang mereka dua pernah limpas antara satu sama lain. ahhh jodoh kot? 

Family mamat ni dengan si gadis ni gila punya persamaan. memang macam betul jodohkan. ahhh sweet giler tak sangat lah. haha suatu hari mamat ni PROPOSE gegurl ni untuk menjadi temana sehidup semati dia. MACHO kot? tak lah.. haha tak kesah pun propose tu sebab brapa kali dah propose kan? macam takder feeling dah. tak malu pun. jadi gurl ni pun nak! hahaha mereka dua pun meneruskan hubungan ni TETAPI hanya di dalam chat. nak tau? nak tau apa kaitan tajuk ngan entri ni?

Sebeenarnya hari ni! merupakan hari ulang tahun sebulan mereka bersama. baru sebulan jer kot! haha tak kesah lah, tapi yang kesahnya. mula2 gegurl ni excited nak sambut sebulan dah bersama. katanya keluar makan je. si mamat ni pun gila TERUJA! tapi malang nya. oh malangnya. semalam, dalam moment wechat. gegurl ni ungkit cerita pasal ex-boyfie dia. katanya terjumpa. jadi mamat ni pun ohh okay biasalah tu kan. lepas tu nak tau! gegurl ni post lagi seolah-olah yang dia tak ada boyfie dah. jadi mamat ni hairan. scroll semua . kononnya stalker lah. rupanya selama ni hubungan yang dia harapkan rupanya hancur begitu saja. dia tak tahu nak cakap apa lagi. sumpah terkelu. nak menangis tak der gunannya. 

Jarang tengok lelaki nangis hanya kerana perempuan kan? weii ko tak pernah tengok eh? kesian do! ingat lelaki je yg buat macam tu dekat perempuan tapi rupanya perempuan lebih dasyat kot. TAK SEMUA, hanya segelintir. sanggup nya dia kan? baru sebulan kot dah jadi macam ni. bayangkan 10 tahun dah sama lepas tu dia ungkit ex-boyfie katanya rindu gila. ex dia lebih baik & bagus whatever what the fox lah. ahhh stres aku. tak perlah tu semua kehendakNYA. dia mampu mengubah segalanya. sedih lah juga. mungkin takder jododh. mamat ni sebenarnya dah target dia takkan jatuh cinta dgn perempuan lain selain dari gegurl. dia nak gegurl tu wanita terakhir dalam hidupnya. malangnya CINTA GAGAL sebegitu sahaja. 

Sekarang dia tak tahu adakah patut dia mencari atau hanya menunggu. dia takut nak  bercinta lagi. dia tak kuat macam dulu. dia menjadi penakut. dia tak nak hati dia hancur sebagaimana hancurnya hari ni. waaa tears go away please? i cant help myself. aku tak kesah kau cantek ke hebat ke asal hati kau ikhlas aku terima. Tengoklah macam mana cerita ni akan berakhir. adakah gembira atau keseorangan sehingga tua berkulat lumut. hahahaha baiklah tu jer kot tentang entri kali ni. penat aku taip! tau sekarang pukul berapa? sini aku cakap! pukul 5:05 AM tepat! tak tido hanya kerna patah hati. Selamat tinggal semua. nanti sambung yer Assalamualaikum. jangan baca je. comment lah sikit. jangan lupa follow love you bye

Saturday, 28 December 2013

Hidup

baiklah aku mula untuk berbicara sekali lagi setelah lama berhenti mendiamkan diri. Mungkin aku tak patut & tak layak mempunyai seseorang atau insan yang istimewa dalam hidup aku. Dari kecil lagi hidup ku suram, tanpa bertemen. Hidup ku sering dilanda malang. Tapi aku tak berhenti berdoa untuk mendapat seseuatu yang istimewa. Aku juga perlukan kebahagian seperti yang lain. Aku tahu aku tak sesempurna yang lain. Aku hanyalah aku. Aku bukan kebanggan keluarga. Harapan keluarga terhadap aku pun sudah terhenti. Aku tak pernah putus sekali pun mahupun sehari berdoa kepadaNya untuk mendapatkan kebahagiaan seperti insan lain. Jika satu hari doa aku dimakbulkan aku tak kan pernah lupa untuk berterima kasih. Bagaimana susahnya aku dulu akan sama seperti mana aku senang. Tapi sayang, ku hanya mampu berdoa sahaja. Segala usaha telah aku lakukan tapi tiad hasil. Orang kata aku kurang kasih sayang, yaa aku mengaku. Setiap kali kalau aku tengok keluarga lain bahagia keluar bersama mata aku mula berlinang air mata. Aku pun berhak mendapatkannya tapi tidak pernah. Aku selalu tengok ibu bapa menghantar anaknya pergi ke sekolah dan ada yang sanggup berjalan kaki sahaja untuk mengambil anaknya walaupun anak nya sudah meningkat dewasa. Mereka mungkin malu sebab berjalan dengan keluarga tapi aku tak! aku tak pernah sekali pun! kalau aku dalam kesusahan aku disuruh untuk berdikari sendiri. Inilah hasilnya. kurang kasih sayang. Aku tahu ada yang lebih susah dari aku. Aku tau diluar sana berjuta kali susah dari aku. Tapi kalau kita ada & patut terimanya kita perlu dapat. Jangan suatu hari nanti menyesal tiada guna. Sekarang tak ada guna nya aku menangis lagi. Sepanjang aku hidup dari kecil lagi. Setiap hari air mata akan mula berlinang. hummm tak tau nak cakap apa lagi . tak ada guna nya dah semua tu . Selamat Tinggal Dunia.

Tuesday, 5 November 2013

Aku Keliru Dan Aku Tak Faham

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 In the name of Allah , Most Gracious , Most Merciful

Hi blog, lama tak jumpa. Hari ni nak ceciter sikit walaupun org tak baca tapi at least hilang rasa tependam dalam hati ni. Ingat senang ke nak simpan perasaan ni. K lah direct terus ke citer. sebenarnya aku kesedihan gila. Kenapa aku selalu macam dimainkan? kenapa aku susah nak jadi milik seseorang tu dengan tetap. kenapa perlu behenti setengah jalan? kenapa? aku tahu aku bukan seperti yang disangkakan. Dah banyak kali aku cuba cakap dengan sesiapa pernah dengan aku tapi kenapa last citernya kau akan keluar dengan orang lain? macam aku ni tak ada guna lah kan? Macam apa motif wujudnya dalam hidup seseorang kalau sering dipermainkan je.

Aku dah penat dengan perasaan ni semua. aku cemburu kenapa aku tak dapat bertahan dengan seseorang tu lama. mungkin bukan jodoh lah kan? Memang juga aku setuju tapi kenapa aku perlu masuk dalam hati seseorang tanpa rasa yang aku tahu aku akan bertahan lama dengan dia. Kenapa aku selalu fikir yang aku bukan terbaik. Aku bukan terhebat? Memang pun tak hebat pun tapi kenapa kenapa kenapa aku selalu patah hati? Well depan kawan memang lah aku gembira senyum senyum tapi hakikatnya. 

Aku pernah sukakan sorang budak ni. Aku tak tau lah mungkin dia tak perasan yang aku simpan kan perasaan dekat dia. Setiap hari aku cuba ambil hati dia humpp. Lagi-lagi hari ni aku bawa dia keluar jawapan dia ringkas je "TAK" hahaha kfine. Lupa aku kot? tak ape lah. aku pun tak nak menaruh sangat harapan nanti patah seribu hatiku menangis darah pun dah tak guna tau.

Satu lagi ni, aku pernah fall in love sangat sangat dengan dia. Aku pernah cakap dekat dia aku akan jaga dia sampai bila-bila. Aku janji hingga akhir hayat aku. Aku janji aku akan minang dia. Aku janji aku akan bahagiakan dia sampai tak terhingga. Tapi dia ingat semua tu gurauan aku je. Walaupun aku cakap dengan dia muka yang serius tapi tetap dia cakap aku gurau je & dia tak akan peduli apa aku cakap. Tapi dia sambung sikitlah. "okay" "nanti honeymoon dekat Paris k" selalu je cakap cam tu . yang tu memang gurauan. Tak aperlah, aku tahu aku takkan dapat dia sebab dia selalu cerita dekat aku pasal crush dia. Pasal lelaki yang selalu mesej dia. HAHAHA mana tak sakit lagi hati tu. Tapi senyum lah. Macam hipokritkan? Talam dua muka. Ahhh tak kesahlah. Orang kata kalau sayang lepaskan. Well sekarang aku lepaskan.



Banyak sebenarnya, tapi tak tersampai nak citer hahaha tangan pun dah penat menaip. Well hi ex, thankyou for being in my life. Thanks for make feel being appreciate by someone. Who caring about me. Always there for me. Thank you . I love you just as ex k? bye hahaha nanti sambung lagi k? GOODBYE!

Wednesday, 23 October 2013

Hati Aku

ASSALAMUALAIKUM :)

Hi korang dah lama betul Shah tak update blog ni, well hari ni Shah rasa macam nak luahkan perasaan haha. Tak dapat tidur macam2 pulak difikir terutamanya sekali tentang DIA :'(

Korang, patut ke aku menaruh harapan dekat seseorang yang menyukai orang lain? Get my point? Sedih gila kalau dia cakap pasal "LELAKI ADMIRE" dia sangat tuh , well dekat luar senyum lah dalam hati pecah beribu. Terasa hipokrit lah juga kan? Tapi mana boleh kita paksa hati seseorang untuk menyukai kita kan? Memang tak jadi punya. Kadang Kadang Shah terasa berputus asa dengan semua ni. Tak pernah Shah rasa perasaan macam ni selama ni. Tapi kan kenapa setiap hari mesti dia keluar dengan aku, pergi makan dengan aku, pergi jalan dengan aku, pergi belajar dengan aku. Boleh kata semua dengan aku. Kenapa pulak tak dengan "LELAKI ADMIRE" dia tu. Dia seolah-olah memberi aku harapn untuk bersama dengan dia. Tapi tak mungkin aku menangi hati dia kan? Sebab dia selalu cerita dekat aku tentang "LELAKI ADMIRE" dia tu. Everything! Setiap kali dia mesej mesti tersenyum sendiri, ketawa sendiri. Waktu aku bercakap dengan dia, bila telefon berbunyi dia terus berhenti mendengar semua percakapan aku dan melayan terlefon. Tapi kenapa mesti keluar dengan aku. Setiap hari aku berdoa biar kuatkan hati aku ni daripada jatuh pecah ke lantsai berterabur tanpa sesiap melihatnya. Sabar, mungkin dia bukan jodoh kau kan? Well nevermind, aku takkan terus menunggu, Aku akan membawa haluan aku sendiri tanpa ada rasa suka sedikit pun. Dia tak "tahu yang dia selalu mengecilkan hati aku yang kecil ni bila dia bersama "LELAKI ADMIRE" dia. Dah lah . Hahah Berlalu biarkan berlalu. Hidup kena teruskan! Chaiyokkk! Basyakkk! Aja Aja :)

Sunday, 2 June 2013

Ibu Kau Bidadari Hidup Ku


Ibu,
Terima Kasih atas segalanya,
Kau bidadari hidup aku,
Kau penyeri hidup aku, 
Kau sempurna bagi ku.

Terima Kasih atas segala-galanya, Kau sahaja yang mampu menjaga aku dari kecil sehingga aku meningkat dewasa. Kau tidak tahu dan mengerti tentang lelah. Kau umpama bidadari dari kayangan yang turun untuk menyelamatkan diriku. Tanpamu aku akan kelemasan di dunia ini. Terima Kasih atas segalanya. Setiap saat, setiap detik kau membawa kebahagiaan dalam hidup aku. Kau tidak pernah jemu melayan aku. Kau lah segala-galanya bagi aku. Kau pemberi semangat pada aku untuk terus hidup dan tabah dalam segala-galanya. Kau pelindung aku. 

Kau sentiasa berada di sisi ku. Kala aku sedih, Kala aku gembira, Kala aku muram kau sentiasa mendampingi aku. Tanpa mu aku lemah, aku sesat, mungkin aku tiada di dunia ini. Aku sayang Ibu, Saya sayang Mama, I Love my MOM. Kau yang pertama dan terakhir bagi ku. Saat aku dilahirkan, air mata mu menitis kegembiraan menyambut aku. Kau mencium lembut dahi aku dan penuh harapan akan membanggakan satu hari kelak. Kau menyangi aku jauh lebih dari dirimu. Aku seperti nyawa kedua mu yang kau belai setiap masa dan saat. Sehari tanpa panggilan manja darimu tidak sah hariku.

Kau mengajar aku untuk mengenal dunia ini. Kau mengajar aku untuk terus berusaha dalam hidup. kau sentiasa menyerikan hari-hari aku dengan senyuman mu. Tidak pernah sedikit pun timbul benci mu pada diri aku. Kau akan sentiasa ada untuk aku. Di mana aku berada, Kau akan sentiasa bertanyakan khabar. Walau aku jauh nun di sana kau sentiasa mengingati aku. Kau sentiasa doakan kejayaan aku. Tidak pernah terdetik dalam dirimu untuk berputus asa pada diriku. Aku menghargai segala-galanya ibu.

Maafkan aku jika aku tidak menjadi seperti yang kau harapkan. Maafkan aku jika aku menimbulkan kemarahan pada dirimu. sesungguhnya aku tidak sengaja. aku akan menghargai dirimu setiap masa, detik, hari, minggu, bulan, tahun. Maafkan aku Maafkan aku Maafkan aku

Terima Kasih atas segalanya ibu!! tidak dapat aku membalas jasa mu dengan wang ringgit. Jasamu terlalu besar pada diriku untuk balas. hmmm aku berharap kau sentiasa berada di samping aku sehingga akhir hayat aku. Aku akan doakan kebahagiaan dirimu dan berharap umur mu panjang. walau diriku sudah meningkat dewasa tapi aku perlukan pelukan mu yang erat dan mendamaikan. Kau segala-galanya bagi ku. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan, hanya BERATUS JUTAAN TERIMA KASIH TAK TERHINGGA IBU. Kau inspirasi hidup aku. Sayang ibu, daripada anakmu Shah :')


Saturday, 1 June 2013

Bahagia Selamanya

Assalamualaikum w.b.t semua Hai Korang .
Baiklah aku memulakan cerita aku BAHAGIA SELAMANYA. 

Aku pernah ada seorang kawan perempuan yang baik hati dan rupanya sangat manis manis belaka gitu. Aku mula-mula malu nak berkawan dengan dia sebab taraf aku dengan dia tak sama. Aku dan dia pun jauh perbezaannya, bukan maksudkan jantina k? hahaha Aku sangat minat nak berkawan dengan dia. Dari segi dia bercakap, ketawa, senyuman dia dan banyaklah. Aku mengaku kalau terjatuh hati sikit tu ada lah jugak tapi aku sedar aku siapa, jadi aku tak boleh ada perasaan tu. Sabar, semua tu godaan semata-mata hahaha. Well, macam tu lah permulaan konon ceritanya. Dapat tangkap, baiklah teruskan ceritanya k. Satu hari ni aku tak tahu mana aku dapat kebenarian yang tahap dewa untuk mulakan perbicaraan dengan dia. Masa tu aku langsung tak ada rasa nervous yang melampau sebab setiap kali kalau aku limpas dia, dia akan cakap 'HAI' dengan gigi swing dia tu . Haha mungkin tu yang buat muka dia AWESOME kot haha. Dia ni ada ciri-ciri keperempuanan melayu terakhir & wira negara haha LOL aper ni? tajuk apa aku cakap ni. Anyway, balik ke cerita tadi. Aku pun mulakan perbicaraan dengan "HAI gadis'' haha AWKWARD sangat rasa masa tu, lidah rasa berebelit-belit. haha tak kesah lah , tu pun semua kisah lama . kalau dikenang memang jadi bahan lawak. Tak apa, jadi kenangan je semua tu. Bla bla bla dah abis cerita pertemuan aku dengan dia.

Baiklah, aku mula semakin rapat dengan dia. memang masih ada rasa suka tu, manusia biasakan? tak kesah lah tapi tu semua dulu. Aku belum tahu erti CINTA hanya untuk suka-suka bolehlah . cinta monyet kan. haha  king kong pun boleh! Aku semakin rapat dengan dia sebab kami sama kelas. Dia ni budak pandai tapi tak nak masok kelas first, Jadi aku accept jerlah . Aku kira menjadi best friend dia saat tu. mungkin perasaan aku je kot hahaha . dia biasa2 aje. Bila aku mula kenal dia. aku tahu bukan setiap senyuman yang keluar dari seseorang itu senyuman yang ikhlas. Sesungguhnya jauh di hujung lubuk hatinya tersimpan rahsia yang pahit dan sukar baginya melupakan. Takkan aku nak ceritakan kat sini pulak. busy body lah siapa nak tahu tu haha . Anyway , bla bla bla panjang ceritanya sehinggalah sekarang kami tetap berkawan . Terlalu banyak kenangan bersama dia. walaupun sekarang dia dah mula melupakan aku. mula tidak bertanya khabar dengan aku, aku tak kisah sebab semua orang berhak ada hidup masing2 kan? hehehe

Sekarang aku dah nampak keceriaan pada mukanya yang amat2 ikhlas. Aku tak pernah lihat dia se-ceria macam ni sangat sebab dia dah ada pasangan hidup. walaweiii ! punyalah lama penderitaan dia selama ni akhernya dia dah punya calon suami hahaha. suami ker? tunang pun belom. nak tunang ke cik kak? hahaha harap dia tak lupa nak jemput aku . In shaa Allah aku datang kalau aku mampu. Rasa suka dekat dia sekarang makin pudar. kalau nampak pun samar-samar je. hehehe aku memang mengaku suka dekat dia dulu tapi tu semua dulu . sorry yer tuan badan . perasaan ni bukan sendiri yang kontrol . Anyway aku nak ucapkan TAHNIAH dekat kau sebab mampu menahan penderitaan yang teramat sedih dan sukar diungkapkan dulu . Sekarang kau dah bahagia. Doa aku dah termakbul untuk melihat kau gembira yang tak pernah kau alami selama ini. Alhamdulilah. Sekarang kau dah BAHAGIA SELAMANYA. Aku harap macam tu lah AMIN! akan aku doakan kau kawan yang hanya mungkin masih bergelar kawan. Sebab aku dah tengok kau macam dah ada kawan yang lebih baik. Tak apa, aku tak larang sebab tu hidup kau. kau punya pilihan. Sumpah aku tak marah . Semoga kau bahagia di sisinya Amin. 

Baiklah korang, aku rasa dah terlalu jauh aku berleter ni. jari jemari pun dah semakin lambat menaip . mula2 tadi bukan main lagi laju macam kilat sekarang siput pun boleh ketawakan haha . Baiklah, tu saja . Assalamualikum . Sayang korang yang membacanya ni. Selamat tinggal. Jumpa dalam post lain k? bye (=

Friday, 20 May 2011

Zodiak Lelaki

Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.


Taurus 
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.

Gemini 
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.

Cancer 
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.

Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.

Virgo 
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.

Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.

Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain .

Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.

Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .

Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan 

Sunday, 15 May 2011

KENTUT ??MyEm0.Com haha nama pun dah lawak !
cuba cakap! sapa x penah kentut . hahaha .
kentut apa paling bahaya? teka teka
kentut dalam diam diam . kentut paling bauu skali !
hahaha . walaupun post ni kotor . aku suka
bau kentut ! huyooo !MyEm0.Com x pat cakap HOLIAU ! haha
check this out ! :-



KENTUT---->PUTTTTTTT .. haha
bila ada orang kentut . mesti semua akan respon ..
dan akan buat ... teka teka !MyEm0.Com
haha . tutup hidong lah apa lagi . hahaha .
kalau aku la . aku tutup hidong depan org kentut tuuu
biar mereka terasa . contohilah aku ok !MyEm0.Com
hahaha .. 



kalau x kentut sehari . x sempurna lah hari tu .
wakakakaka