Tuesday 5 May 2015

Sad Life.

Assalamualaikum semua, lama dah aku tak update blog kan? Hari ni tak tau kenapa tetiba je nak bukak blog lepas tu tulis entri. Biasalah, bila aku tak dapat nak luah dekat sapa-2, blog jugak lah akhernya aku pegi. Memang aku akui, kawan aku tak banyak. Kalau nak dikira memang senang, guna jari pun boleh. Sebenarnya, entri kali ni, aku nak tulis tentang somebody! Nampak tak title tu? Sad Life? yup memang hidup aku sangat sedih.

Aku takde girlfriend, aku tak ada sesiapa. Aku cuma dapat banyak fitnah, kena kutuk, kena sindir & apa apa yang sewaktu dengannya. Aku memang tak pernah nak rasa KEBAHAGIAAN seperti orang lain. Memang tak pernah nak dapat,

Sebenarnya aku selama ini menaruh harapan dekat seseorang. Well, easy story. Dia kawan baik aku.
Best friend masa aku form 3 sampai lah sekarang. Cuma sekarang tak lah serapat dulu. People change, so the days goes by, kata org puteh lah. Aku ni tak lah sehebat mana, tak lah sehensem mana. Tapi aku ada perasaan jugak macam orang lain. Macam crush crush tu lah. Tapi aku tak anggap dia crush aku pun. Aku selalu confess depan dia yang aku suka dia, jom kita kawen satu hari nanti, kalau nak anak, brapa ramai? Lepas tu aku pun pernah cakap dekat dia

"dekat mana awak, dekat situ lah saya, saya takkan tinggalkan awak, awak dalam kesusahan saya akan turut merasainya sebab tanpa awak, tak mungkin saya akan dapat perasaan macam ni, perasaan yang menghargai seseorang sehingga sanggup menggadaikan masa gembira, masa yang sepatutnya dia lakukan sesuatu tetapi beri kepada seseorang yang dia sayang"

Tapi dia selalu anggap aku main main. Aku ni bukan orang serius sangat pun. Tapi benda macam tu aku tak pernah nak luahkan senang senang dekat somebody. Kau ingat aku ni main main ke? Tak! tipu aku tak cemburu bila kau ada hubungan dengan lelaki lain. kau selalu luahkan dekat aku pasal lelaki idaman kau tu. Lepas tu, kau akan putus. Jumpa lagi yang lain. tetap jugak sama. tak sampai sebulan putus, Aku sebenarnya pernah kata dekat kau

"Kalau aku lah lelaki idaman kau, aku takkan biarkan kau sendiri sebab aku tau kau memang tercipta untuk aku"

Dia anggap aku main main hahaha! bodoh nya aku. Nak bukti? kenapa sampai sekarang aku maseh rasa kuat dalam hati ni kau memang tercipta untuk aku. sekarang dah lebih dari 6 tahun tapi aku maseh simpan perasaan ni dekat kau. KENAPA KAU BODOH SANGAT! kau tak tau ke aku memang dah lama suka dekat kau. Aku sanggup beil apa2 untuk kau. aku sanggup tunggu dalam hujan untuk kau. Walau peribahasa ini terok tapi aku .... hm susah aku nak jelaskan.

Berhak ke aku dilakukan sebegini? sebab aku tak macam lelaki lain? sebab aku tak sekacak yang lain? sebab aku tak sebaik yang lain? Aku dah tak tau macam mana aku nak cakap dengan kau lagi. macam macam cara dah aku cuba tapi masih aku nampak macam bodoh menunggu kau.!

Tak apa lah wak, kalau kita ada jodoh, Inshaallah satu hari nanti kita akan dipertemukan di atas pelamin, Aku tak kesah apa org kata, Tapi sejauh mana diri kau, kau akan selalu di hati aku.

I miss you

Saturday 31 May 2014

Hati Malang

Semalam hari malang, hari paling malang dalam hidup dia. Dia tidak pernah rasa semalang sebegitu rupa. Menangis tidak berhenti hanya Tuhan sahaja yang tahu terdetik di hatinya. Kisahnya mungkin tidak terlalu menyakitkan tetapi ini amat melukakan jauh di lubuk hatinya.

Sebelum cerita semalam bermula, malam itu si dia termimpi seorang gadis muncul di dalam mimpinya dan memegang erat tangannya. Katanya malam itu terasa benar seperti gadis itu memegang tangannya sehingga dia bangun paginya tersenyum dan gembira. Dia kata dalam mimpi itu gadis tersebut membawanya melihat dunia yang indah ini dengan senyumannya yang manis. Ketika itu hatinya bertanya adakah itu benar atau hanya satu khayalan. Di dalam mimpi itu seakan akan benar jadi dia hanya melayan. Kesian apabila dia tersedar dari tidurnya dan itu semua hanya mimpi. Dalam senyumnya menitis air matanya dan bertanya

"Mengapa semua ini hanya mimpi? Sesungguhnya aku mula kesepian bila hidup tidak berteman"

"Adakah aku layak untuk merasakan itu semua di dunia realiti ini?"

Hatinya mula sayu dan sedih sepanjang hari. Dia pun bangkit dan hari itu melihat semua manusia sekelilingnya seakan-akan wajah gadis itu. Hatinya semakin terluka. Tambahan lagi melihat pasangan muda berkeliaran di sekelilingnya. Dia mengambil keputusan untuk balik ke rumah dan berkurung di dalam bilik. Tapi itu tidak membuahkan hasil. Dia hanya menatap cermin dan pelbagai soalan di dalam dirinya.

Malam itu, sebelum dia tidur. Dia cuba membuka akaun yang dianggapnya sebagai kekasih hatinya. Malangnya tidak berhenti datang. Dia mendapati bahawa gadis itu sudah mempunyai lelaki idaman yang diimpikan olehnya. Dia pun terkaku seketika dan tangannya mula bergetar. Keadaannya seperti takut akan sesuatu. Air mata mula membasahi pipi.

"Menangis hanya kerna perempuan?"

kata hatinya. Tidak mungkin. Sebelum ini dia tidak pernah merasakan perasaan begitu.

Dia menutup akaun tersebut lalu cuba menutup mata. Tiba tiba mesej datang. Dia pun membuka mesej tersebut dan melihat kawan baiknya sendiri mentertawakan dirinya. Hanya kerana kesilapannya yang sedikit. Kawan nya mula menyebarkan cerita itu. Dia hanya terdiam dan terduduk. Sekarang semua membuat fitnah terhadapnya. Henfon di tangannya jatuh. Kemudian dirinya tidak terkawal. Laptop di depannya ditikam ke arah dinding dengan kuat. Menjerit seperti orang gila dan dirinya tidak terkawal. Dia hanya mampu mengeluarkan air mata dan tidak mampu melakukan apa-apa. Emosinya tidak terkawal dan mula menceritakan semua itu kepada aku.

Dia hanya mampu menceritakan hanya setakat itu dan air matanya mula jatuh ke bumi. Aku tidak pernah melihat dirinya selemah ini. Memang selama ini dia pernah cerita kepada diri aku yang dia tidak pernah menang dalam percintaan. Dia bukan seorang lelaki yang pandai mengambil hati seorang gadis. Aku berasa kesian terhadapnya dan semoga dia tabah dan kuat dalam menempuhi semua ini.