Saturday 31 May 2014

Hati Malang

Semalam hari malang, hari paling malang dalam hidup dia. Dia tidak pernah rasa semalang sebegitu rupa. Menangis tidak berhenti hanya Tuhan sahaja yang tahu terdetik di hatinya. Kisahnya mungkin tidak terlalu menyakitkan tetapi ini amat melukakan jauh di lubuk hatinya.

Sebelum cerita semalam bermula, malam itu si dia termimpi seorang gadis muncul di dalam mimpinya dan memegang erat tangannya. Katanya malam itu terasa benar seperti gadis itu memegang tangannya sehingga dia bangun paginya tersenyum dan gembira. Dia kata dalam mimpi itu gadis tersebut membawanya melihat dunia yang indah ini dengan senyumannya yang manis. Ketika itu hatinya bertanya adakah itu benar atau hanya satu khayalan. Di dalam mimpi itu seakan akan benar jadi dia hanya melayan. Kesian apabila dia tersedar dari tidurnya dan itu semua hanya mimpi. Dalam senyumnya menitis air matanya dan bertanya

"Mengapa semua ini hanya mimpi? Sesungguhnya aku mula kesepian bila hidup tidak berteman"

"Adakah aku layak untuk merasakan itu semua di dunia realiti ini?"

Hatinya mula sayu dan sedih sepanjang hari. Dia pun bangkit dan hari itu melihat semua manusia sekelilingnya seakan-akan wajah gadis itu. Hatinya semakin terluka. Tambahan lagi melihat pasangan muda berkeliaran di sekelilingnya. Dia mengambil keputusan untuk balik ke rumah dan berkurung di dalam bilik. Tapi itu tidak membuahkan hasil. Dia hanya menatap cermin dan pelbagai soalan di dalam dirinya.

Malam itu, sebelum dia tidur. Dia cuba membuka akaun yang dianggapnya sebagai kekasih hatinya. Malangnya tidak berhenti datang. Dia mendapati bahawa gadis itu sudah mempunyai lelaki idaman yang diimpikan olehnya. Dia pun terkaku seketika dan tangannya mula bergetar. Keadaannya seperti takut akan sesuatu. Air mata mula membasahi pipi.

"Menangis hanya kerna perempuan?"

kata hatinya. Tidak mungkin. Sebelum ini dia tidak pernah merasakan perasaan begitu.

Dia menutup akaun tersebut lalu cuba menutup mata. Tiba tiba mesej datang. Dia pun membuka mesej tersebut dan melihat kawan baiknya sendiri mentertawakan dirinya. Hanya kerana kesilapannya yang sedikit. Kawan nya mula menyebarkan cerita itu. Dia hanya terdiam dan terduduk. Sekarang semua membuat fitnah terhadapnya. Henfon di tangannya jatuh. Kemudian dirinya tidak terkawal. Laptop di depannya ditikam ke arah dinding dengan kuat. Menjerit seperti orang gila dan dirinya tidak terkawal. Dia hanya mampu mengeluarkan air mata dan tidak mampu melakukan apa-apa. Emosinya tidak terkawal dan mula menceritakan semua itu kepada aku.

Dia hanya mampu menceritakan hanya setakat itu dan air matanya mula jatuh ke bumi. Aku tidak pernah melihat dirinya selemah ini. Memang selama ini dia pernah cerita kepada diri aku yang dia tidak pernah menang dalam percintaan. Dia bukan seorang lelaki yang pandai mengambil hati seorang gadis. Aku berasa kesian terhadapnya dan semoga dia tabah dan kuat dalam menempuhi semua ini.


No comments:

Post a Comment