Wednesday, 7 May 2014

Kuching Sarawak

Hai semua! Jum buat entri ni! terasa rajin pula nak buat tentang tempat kediaman aku yang aman lagi sentosa ni. Alhamdulilah aku dapat hidup dengan tenang. udara yang segara, permandangan yang indah. belum lagi jumpa manusia manusia nya. mesti melting punya haha. macam aku? eh tak lah. aku tak handsome. hihi jum sini aku nak post beberapa tempat yang indah dan cantek! tempat yang selalu pelancong pergi. tempat terkenal dekat sini & tempat-tempat yang menjadi kebanggaan hihi.

Sebelum itu, maaf kepada semua pihak pihak yang mengambil gambar ni semua. maafkan saya kerana ambil tanpa pengetahuan anda. Kita boleh promosi sama sama kan? maaf lagi sekali. saya ambil gambar anda sebab gambar ini boleh dikategorikan sebagai cantik! dan menarik minat. terima kasih.


Baiklah, ini merupakan DUN. Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru. Ada yang lama punya. nak tengok ke? betol ni. view bawah.


Ini merupakan DUN lama. nak dekat sama je kan bentuk nya? bumbung nya espcially banyak persamaan.


Dah nama pun City of Cat kan? Jadi tak sah kalau anda melancong sini tak gambar dekat patung miaw miaw handsome cantik kiut belaka ni. Nampak McDonald belakang tu? haha saja je cakap haha. Berhampiran dengan waterfront. nak tengok waterfront?



Ini pula permandang indah di waterfront kuching sarawak. Cantik kan? terima kasih kepada photographer unknown maaf ambil gambar ni. Baiklah jum tengok muzium pulak.


Ini pula muzium Kuching Sarawak. berdekatan dengan Padang Merdeka. Di dalam ini menyimpan pelbagai jenis kraf yang ditinggalkan, kalau nak tengok tengkorak manusia pun ada, rumah tradisional ada tapi tak banyak. tapi kalau nak tengok! jum pegi kampung budaya.


Kampung Budaya Sarawak ini terletak hampir betul dengan Gunung Santubong dan Damai Central + Damai resort. nak tengok? jum.


Damai Central


Damai Resort

Baiklah, sebenarnya banyak lagi tempat perhatian orang ramai. tempat2 tarikan! Nanti kita sambung dekat entri seterusnya. Kalau sampai sini cakap2 yer lah. hihi mana tau boleh jumpa. Kalau tak busy yer tak. Baiklah harap korang suka & datang lah ke Sarawak Land of Hornbill! tengok sendiri. wihewwww bye. sayang korang . comment lah sikit kalau nak tanya atau apa2 :)

1 comment: