Tuesday, 6 May 2014

Cinta Gagal

Assalamualaikum, Hai korang! Aku kembali. Maaf kalau entri ni aku guna "aku" sebagai penghantar bahasa. Maaf yer abang, kakak, makcik, pakcik. So tak kesahlah tu kan? Dan maaf juga kalau bahasa bercampur. hahaha malas nak buat karangan formal. pffft baiklah. Rindu ke? Ada ke org rindu? Tak kot. Ehhh banyak cakap pulak si bedah ni kan? Dah. jum mulakan.

Nampak tajuk atas tu? nampak? faham? betul ke faham? Siapa yang pernah baca entri sebelum ni mesti faham macam mana sebenarnya kehidupan aku. Sebab aku ni dah kali ke berapa gagal dalam bercinta. haha haktuiii cinta lah sangat. begini ceritanya. Al-kisah, sorang mamat ni kononnya joging lah, waktu dia joging dengan lenggang kangkong nyer terjumpa si minah ni. ahhh tapi belum mula ceritanya. waktu tu berlimpas je sebelah belah. ambil bau konon nya haha. Sumpah si minah ni cantik gila! First time si mamat ni jumpa minah secantik ni. Oppsss belum mula lagi ni. hihi aaaa korang tau WECHAT? tak tau? woiii baik kau tutup entri ni sekarang haha. duduk bawah tempurong ke. baiklah begini ceritanya.

Si gadis ni main main 'people nearby' jadi terjumpa lah si budak lelaki ni. jadi dia ADD dengan harapan si mamat ni ACCEPT friend request dia. kenapa dia ADD? mungkin si mamat ni HANDSOME kot? perlu ke CAPITAL LETTER? perlu hahaha!! perasan siot. jadi lelaki tu pun memenuhi permintaan si gadis tu. dia pun ACCEPT. jadi bermula lah percakapan pelbagai bahasa di sana. Gurau gurauan manja konon nya. ketawa sendiri. Lepas tu tiba tiba si mamat ni teringat macam pernah tgk muka jadi si gadis ni pun hairan. Lelaki ni baru tringat yang mereka dua pernah limpas antara satu sama lain. ahhh jodoh kot? 

Family mamat ni dengan si gadis ni gila punya persamaan. memang macam betul jodohkan. ahhh sweet giler tak sangat lah. haha suatu hari mamat ni PROPOSE gegurl ni untuk menjadi temana sehidup semati dia. MACHO kot? tak lah.. haha tak kesah pun propose tu sebab brapa kali dah propose kan? macam takder feeling dah. tak malu pun. jadi gurl ni pun nak! hahaha mereka dua pun meneruskan hubungan ni TETAPI hanya di dalam chat. nak tau? nak tau apa kaitan tajuk ngan entri ni?

Sebeenarnya hari ni! merupakan hari ulang tahun sebulan mereka bersama. baru sebulan jer kot! haha tak kesah lah, tapi yang kesahnya. mula2 gegurl ni excited nak sambut sebulan dah bersama. katanya keluar makan je. si mamat ni pun gila TERUJA! tapi malang nya. oh malangnya. semalam, dalam moment wechat. gegurl ni ungkit cerita pasal ex-boyfie dia. katanya terjumpa. jadi mamat ni pun ohh okay biasalah tu kan. lepas tu nak tau! gegurl ni post lagi seolah-olah yang dia tak ada boyfie dah. jadi mamat ni hairan. scroll semua . kononnya stalker lah. rupanya selama ni hubungan yang dia harapkan rupanya hancur begitu saja. dia tak tahu nak cakap apa lagi. sumpah terkelu. nak menangis tak der gunannya. 

Jarang tengok lelaki nangis hanya kerana perempuan kan? weii ko tak pernah tengok eh? kesian do! ingat lelaki je yg buat macam tu dekat perempuan tapi rupanya perempuan lebih dasyat kot. TAK SEMUA, hanya segelintir. sanggup nya dia kan? baru sebulan kot dah jadi macam ni. bayangkan 10 tahun dah sama lepas tu dia ungkit ex-boyfie katanya rindu gila. ex dia lebih baik & bagus whatever what the fox lah. ahhh stres aku. tak perlah tu semua kehendakNYA. dia mampu mengubah segalanya. sedih lah juga. mungkin takder jododh. mamat ni sebenarnya dah target dia takkan jatuh cinta dgn perempuan lain selain dari gegurl. dia nak gegurl tu wanita terakhir dalam hidupnya. malangnya CINTA GAGAL sebegitu sahaja. 

Sekarang dia tak tahu adakah patut dia mencari atau hanya menunggu. dia takut nak  bercinta lagi. dia tak kuat macam dulu. dia menjadi penakut. dia tak nak hati dia hancur sebagaimana hancurnya hari ni. waaa tears go away please? i cant help myself. aku tak kesah kau cantek ke hebat ke asal hati kau ikhlas aku terima. Tengoklah macam mana cerita ni akan berakhir. adakah gembira atau keseorangan sehingga tua berkulat lumut. hahahaha baiklah tu jer kot tentang entri kali ni. penat aku taip! tau sekarang pukul berapa? sini aku cakap! pukul 5:05 AM tepat! tak tido hanya kerna patah hati. Selamat tinggal semua. nanti sambung yer Assalamualaikum. jangan baca je. comment lah sikit. jangan lupa follow love you bye

5 comments:

  1. jodoh..rezeki semuanya di tangan Allah..heart break memang sakit tapi ingat mungkin ada hikmah. Kalau dah tersurat jodoh dengannya, tak kan kemana..

    ReplyDelete
  2. Sabar.. Kalau ada jodoh tu tak kemana.. and kalau dia bukan jodoh awak, pasti yang akan datang ni yang lebih baik dari ni.. :)

    ReplyDelete
  3. Selamat untuk menyabarkan diri awak :) dan belajarlah untuk menjadi seorang yang hati tak mudah patah :) Hehe

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kuatkan semangat! Jangan pernah putus asa.

    ReplyDelete