Saturday, 28 December 2013
Hidup
baiklah aku mula untuk berbicara sekali lagi setelah lama berhenti mendiamkan diri. Mungkin aku tak patut & tak layak mempunyai seseorang atau insan yang istimewa dalam hidup aku. Dari kecil lagi hidup ku suram, tanpa bertemen. Hidup ku sering dilanda malang. Tapi aku tak berhenti berdoa untuk mendapat seseuatu yang istimewa. Aku juga perlukan kebahagian seperti yang lain. Aku tahu aku tak sesempurna yang lain. Aku hanyalah aku. Aku bukan kebanggan keluarga. Harapan keluarga terhadap aku pun sudah terhenti. Aku tak pernah putus sekali pun mahupun sehari berdoa kepadaNya untuk mendapatkan kebahagiaan seperti insan lain. Jika satu hari doa aku dimakbulkan aku tak kan pernah lupa untuk berterima kasih. Bagaimana susahnya aku dulu akan sama seperti mana aku senang. Tapi sayang, ku hanya mampu berdoa sahaja. Segala usaha telah aku lakukan tapi tiad hasil. Orang kata aku kurang kasih sayang, yaa aku mengaku. Setiap kali kalau aku tengok keluarga lain bahagia keluar bersama mata aku mula berlinang air mata. Aku pun berhak mendapatkannya tapi tidak pernah. Aku selalu tengok ibu bapa menghantar anaknya pergi ke sekolah dan ada yang sanggup berjalan kaki sahaja untuk mengambil anaknya walaupun anak nya sudah meningkat dewasa. Mereka mungkin malu sebab berjalan dengan keluarga tapi aku tak! aku tak pernah sekali pun! kalau aku dalam kesusahan aku disuruh untuk berdikari sendiri. Inilah hasilnya. kurang kasih sayang. Aku tahu ada yang lebih susah dari aku. Aku tau diluar sana berjuta kali susah dari aku. Tapi kalau kita ada & patut terimanya kita perlu dapat. Jangan suatu hari nanti menyesal tiada guna. Sekarang tak ada guna nya aku menangis lagi. Sepanjang aku hidup dari kecil lagi. Setiap hari air mata akan mula berlinang. hummm tak tau nak cakap apa lagi . tak ada guna nya dah semua tu . Selamat Tinggal Dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment