Sunday, 2 June 2013

Ibu Kau Bidadari Hidup Ku


Ibu,
Terima Kasih atas segalanya,
Kau bidadari hidup aku,
Kau penyeri hidup aku, 
Kau sempurna bagi ku.

Terima Kasih atas segala-galanya, Kau sahaja yang mampu menjaga aku dari kecil sehingga aku meningkat dewasa. Kau tidak tahu dan mengerti tentang lelah. Kau umpama bidadari dari kayangan yang turun untuk menyelamatkan diriku. Tanpamu aku akan kelemasan di dunia ini. Terima Kasih atas segalanya. Setiap saat, setiap detik kau membawa kebahagiaan dalam hidup aku. Kau tidak pernah jemu melayan aku. Kau lah segala-galanya bagi aku. Kau pemberi semangat pada aku untuk terus hidup dan tabah dalam segala-galanya. Kau pelindung aku. 

Kau sentiasa berada di sisi ku. Kala aku sedih, Kala aku gembira, Kala aku muram kau sentiasa mendampingi aku. Tanpa mu aku lemah, aku sesat, mungkin aku tiada di dunia ini. Aku sayang Ibu, Saya sayang Mama, I Love my MOM. Kau yang pertama dan terakhir bagi ku. Saat aku dilahirkan, air mata mu menitis kegembiraan menyambut aku. Kau mencium lembut dahi aku dan penuh harapan akan membanggakan satu hari kelak. Kau menyangi aku jauh lebih dari dirimu. Aku seperti nyawa kedua mu yang kau belai setiap masa dan saat. Sehari tanpa panggilan manja darimu tidak sah hariku.

Kau mengajar aku untuk mengenal dunia ini. Kau mengajar aku untuk terus berusaha dalam hidup. kau sentiasa menyerikan hari-hari aku dengan senyuman mu. Tidak pernah sedikit pun timbul benci mu pada diri aku. Kau akan sentiasa ada untuk aku. Di mana aku berada, Kau akan sentiasa bertanyakan khabar. Walau aku jauh nun di sana kau sentiasa mengingati aku. Kau sentiasa doakan kejayaan aku. Tidak pernah terdetik dalam dirimu untuk berputus asa pada diriku. Aku menghargai segala-galanya ibu.

Maafkan aku jika aku tidak menjadi seperti yang kau harapkan. Maafkan aku jika aku menimbulkan kemarahan pada dirimu. sesungguhnya aku tidak sengaja. aku akan menghargai dirimu setiap masa, detik, hari, minggu, bulan, tahun. Maafkan aku Maafkan aku Maafkan aku

Terima Kasih atas segalanya ibu!! tidak dapat aku membalas jasa mu dengan wang ringgit. Jasamu terlalu besar pada diriku untuk balas. hmmm aku berharap kau sentiasa berada di samping aku sehingga akhir hayat aku. Aku akan doakan kebahagiaan dirimu dan berharap umur mu panjang. walau diriku sudah meningkat dewasa tapi aku perlukan pelukan mu yang erat dan mendamaikan. Kau segala-galanya bagi ku. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan, hanya BERATUS JUTAAN TERIMA KASIH TAK TERHINGGA IBU. Kau inspirasi hidup aku. Sayang ibu, daripada anakmu Shah :')


No comments:

Post a Comment